Seorang Pegawai Kecil Menerima Gaji Tahun Pertama Sebesar

Seorang Pegawai Kecil Menerima Gaji Tahun Pertama Sebesar

1. Apakah komponen saraan dalam perkhidmatan awam?

Jumlah Gaji (Pendapatan) = Gaji Pokok + Imbuhan Tetap + Komponen Berubah

Gaji Pokokmerupakan satu jumlah wang (upah) yang ditetapkan bagi anggota sektor awam yang berasaskan konsep gaji yang berpatutan untuk menyara keperluan asas iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Imbuhan Tetapadalah bayaran yang setiap bulan diberi kepada anggota yang layak seperti Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan Imbuhan Tetap Keraian dan Imbuhan Tetap Jawatan Utama.

Komponen Berubahterdiri daripada pelbagai elaun yang tidak kekal yang diberikan berasaskan kriteria yang ditentukan.

2. Apakah prinsip-prinsip saraan dalam perkhidmatan awam?

BIL. PRINSIP SARAAN HURAIAN
1. Kadar Upah Untuk Kerja
(Rate for the Job)
Prinsip ini menetapkan bahawa seseorang pegawai yang menyandang sesuatu jawatan hendaklah dibayar upahan mengikut jenis kerja dan tanggungjawab yang dijalankan. Semakin berat dan kompleks tugas dan tanggungjawab yang dijalankan, semakin tinggi upahan yang diterima.
2. Kelayakan Masuk dan Latihan Prinsip yang memerlukan seseorang calon memenuhi syarat kelayakan dan latihan yang ditetapkan bagi melayakkannya menjalankan sesuatu kerja dalam sektor awam dan prinsip ini membolehkan kadar upah ditentukan berdasarkan kepada kelayakan dan latihan yang ditetapkan dalam sesuatu skim perkhidmatan.
3. Relativiti dan Pariti

Relativiti:
satu hubung kait munasabah dalam struktur gaji antara gred jawatan lebih tinggi dengan gred jawatan lebih rendah. Contohnya relativiti antara pegawai gred 48 dengan gred 29.

Pariti:
pegawai perkhidmatan awam dalam kumpulan perkhidmatan setaraf sewajarnya menerima saraan yang setaraf. Contohnya pariti di antara pegawai gred U54 dengan M54.

4. Perbandingan Adil Prinsip perbandingan adil menetapkan saraan yang diterima oleh pegawai perlulah munasabah dan secara keseluruhannya setanding dengan saraan semasa bagi jawatan setaraf di pasaran bagi membolehkan sektor awam menarik dan mengekalkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran.
5. Gaji Pokok Dengan Komponen Berubah Prinsip ini menetapkan supaya pegawai dibayar gaji yang mencukupi untuk menyara keperluan hidup asas (living wage) yang mengandungi keperluan bagi makanan, pakaian dan tempat tinggal.
6. Pengasingan Prinsip ini mengasingkan pentadbiran saraan bagi badan-badan berkanun bertentu yang mempunyai kemampuan dari segi sumber kewangan dan jentera organisasi yang kukuh daripada sistem saraan sektor awam yang lain.

3. Apakah laporan gaji yang telah dikeluarkan dalam sistem saraan perkhidmatan awam?

BIL.

TAHUN

LAPORAN GAJI

CATATAN

1.

1919

Suruhanjaya Gaji Bucknil.

2.

1920

Subordinates Services Committee.

3.

1947

Suruhanjaya Gaji Trusted.

4.

1949

Suruhanjaya Gaji Cowgill.

5.

1950

Suruhanjaya Gaji Banham.

6.

1956

Suruhanjaya Gaji Bain.

Sabah, Sarawak & Brunei

7.

1962

Suruhanjaya Gaji Watson.

Sabah & Sarawak

8.

1967

Suruhanjaya Gaji Suffian.

9.

1971

Suruhanjaya Gaji DiRaja Aziz.

Perkhidmatan Pendidikan

10.

1972

Suruhanjaya Gaji DiRaja Azmi.

Perkhidmatan Perundangan & Kehakiman

11.

1972

Suruhanjaya Gaji DiRaja Sheikh Abdullah.

Perkhidmatan Angkatan Tentera

12.

1973

Suruhanjaya Gaji Harun.

Badan Berkanun & Pihak Berkuasa Tempatan

13.

1975

Suruhanjaya Gaji DiRaja Ibrahim Ali.

Tidak Dilaksanakan

14.

1976

Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976).

15.

1991

Jawatankuasa Kabinet  Mengenai Gaji Sektor Awam (Sistem Saraan Baru).

16.

2002

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-Pekerja Sektor Awam (Sistem Saraan Malaysia).

17.

2012

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-Pekerja Sektor Awam (Saraan Baharu Perkhidmatan Awam).

Dibatalkan

4. Apakah penambahbaikan-penambahbaikan berkaitan gaji yang telah dilaksanakan di bawah Sistem Saraan Malaysia?

Sistem Saraan Malaysia yang berkuat kuasa mulai 1 November 2002 telah melalui beberapa penambahbaikan berkaitan gaji yang dibuat secara berkala seperti berikut:

BIL.

PEKELILING

TAJUK

1.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007
(PP Bil. 7/2007)

Pemberian Kenaikan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

2.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012
(PP Bil. 1/2012)

Perubahan Penetapan Gaji Permulaan Berikutan Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum – Maksimum Menggantikan Jadual Gaji Matriks.

3.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013
(PP Bil. 2/2013)

Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum – Maksimum Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

4.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2013
(PP Bil. 5/2013)

Pemberian Pemindahan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

5.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 36 Tahun 2013
(PP Bil. 36/2013)

Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum – Maksimum Gred 1 hingga Gred 54 di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

6.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015
(PP Bil. 2/2015)

Penambahbaikan Kaedah Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Dalam Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum – Maksimum.

7.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016
(PP Bil. 1/2016)

Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

8.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2022
(PP Bil. 8/2022)

Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Diawalkan Kepada Pegawai Yang Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan Sebelum Tarikh Pergerakan Gaji.

9.

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2022
(SPP Bil. 1/2022)

Pemanjangan Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Kepada Pegawai Yang Mencapai Gaji Maksimum Bagi Gred-Gred Gaji Baharu Yang Diwujudkan Mulai 1 Julai 2016.

Baca :   Pertukaran Udara Pernapasan Pada Ikan Terletak Di

B. PENGURUSAN GAJI

Penetapan Gaji Permulaan

1. Bagaimanakah penetapan gaji permulaan bagi pegawai yang dilantik kali pertama?

Pihak Berkuasa Melantik (PBM) menentukan gaji permulaan bagi pegawai yang dilantik kali pertama berdasarkan kepada dua (2) kriteria iaitu gaji permulaan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan dan pengalaman relevan.

Rujukan:

Perenggan 25, P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

2. Bagaimanakah penetapan gaji permulaan bagi pegawai yang disahkan dalam perkhidmatan dan dilantik ke skim perkhidmatan yang lain?

Penetapan gaji permulaan bagi pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan dilantik ke skim perkhidmatan yang lain adalah berdasarkan  kepada mata gaji yang lebih tinggi dan paling hampir yang perbezaannya tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa atau amaun yang bersamaan dengan pergerakan gaji biasa dalam gred atau jawatan terdahulu, terhad kepada mata gaji maksimum jawatan baru.

Jika tarikh pelantikan di jawatan baharu adalah sama atau lebih awal daripada tarikh Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) di jawatan terdahulu, PGT jawatan terdahulu hendaklah diberi terlebih dahulu sebelum penetapan gaji permulaan di jawatan baharu dibuat.

Rujukan:

Perenggan 25(7), P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

3. Bagaimanakah penetapan gaji permulaan bagi pegawai yang sedang berkhidmat dari satu skim perkhidmatan ke satu skim perkhidmatan lain tanpa melalui proses pelantikan biasa?

SITUASI

KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN

  1. Penjumudan skim perkhidmatan;
  2. Pewujudan skim perkhidmatan;
  3. Pinda skim perkhidmatan;
  4. Kajian jawatan; dan
  5. Permohonan sendiri.

Gaji permulaan ditetapkan pada amaun gaji yang sama, atau pada minimum / permulaan gred baharu sekiranya gaji pegawai lebih rendah.

  1. Pembubaran agensi awam.

Bagi pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan, gaji permulaan ditetapkan pada amaun gaji yang sama dengan gaji akhir yang dicampurkan dengan pergerakan gaji biasa di jawatan asal.

4. Bagaimanakah penetapan gaji permulaan bagi pegawai dalam Perkhidmatan Angkatan Tentera, Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Perkhidmatan Am Persekutuan, Pasukan Polis dan Perkhidmatan Pelajaran ke Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia, untuk tempoh tertentu tanpa memutuskan ikatan pegawai dengan perkhidmatan hakikinya?

Gaji permulaan pegawai yang dilantik secara peminjaman hendaklah ditetapkan berdasarkan jumlah gaji yang boleh diselaraskan dan mengikut prinsip berikut:

  1. pada gaji minimum di gred jawatan pinjaman sekiranya jumlah gaji yang boleh diselaraskan sama atau lebih rendah daripada gaji minimum di gred jawatan pinjaman; atau
  2. pada gaji yang sama dengan jumlah gaji yang boleh diselaraskan di gred jawatan pinjaman sekiranya jumlah gaji yang boleh diselaraskan lebih tinggi daripada gaji minimum di gred jawatan pinjaman. Sekiranya jumlah gaji yang boleh diselaraskan melebihi gaji maksimum di gred jawatan pinjaman, pegawai akan dibayar gaji hakiki dan insentif peminjaman mengikut gred jawatan hakiki yang kadarnya ditetapkan mengikut perkhidmatan dan agensi seperti di Perenggan 9 dan Jadual 1 hingga 5, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012.

Jumlah gaji yang boleh diselaraskan =
Gaji hakiki akhir pegawai sehari sebelum peminjaman berkuat kuasa + insentif pertukaran mengikut gred jawatan hakiki pegawai.

Rujukan:

  1. Perkara 134, Perlembagaan Persekutuan;
  2. Perenggan 12, P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012; dan
  3. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 – Dasar Baru Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap.

Tanggung Kerja, Pemangkuan dan Naik Pangkat

5. Berapakah kadar elaun tanggung kerja yang layak diterima pegawai sekiranya diarahkan untuk menanggung kerja jawatan lain?

Kadar Elaun Tanggung Kerja yang layak diterima adalah 25% daripada gaji permulaan terendah bagi jawatan yang ditanggung.

Rujukan:

  1. Perenggan 46 & 47, P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012; dan
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 – Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam.

6. Bagaimanakah penetapan saraan bagi pegawai dalam jawatan pemangkuan?

Penetapan saraan bagi pegawai dalam jawatan pemangkuan adalah merangkumi gaji hakiki pegawai, elaun pemangkuan serta elaun dan kemudahan yang layak di jawatan yang dipangku.

Baca :   Materi Fisika Kelas Xi Semester 2 Kurikulum 2013 Pdf

Penetapan elaun memangku adalah seperti berikut:

  1. Perbezaan di antara gaji minimum jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai dengan syarat tidak kurang daripada 1 KGT gred hakiki pegawai;
  2. Jika perbezaan tersebut kurang daripada 1 KGT di gred hakiki pegawai, maka Elaun Pemangkuan ialah 1 KGT di gred jawatan yang dipangku.

Rujukan:

  1. Perenggan 46 & 47, P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012;
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 – Panduan Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam; dan
  3. Surat Edaran JPA rujukan JPA.BK(S)134/2/8 Jld.2(7) bertarikh 10 Mei 2012.

7. Bagaimanakah penetapan gaji permulaan bagi pegawai yang dinaikkan pangkat?

Gaji permulaan bagi seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah ditetapkan pada amaun gaji yang lebih tinggi daripada amaun gaji akhir di gred terdahulu.

Gaji akhir di gred terdahulu hendaklah ditambah dengan:

  1. Kadar KGT di gred kenaikan pangkat; atau
  2. Kadar KGT terakhir diterima di gred terdahulu mengikut mana yang lebih tinggi, mulai tarikh kenaikan pangkatnya.

Rujukan:

  1. Perenggan 5, P.U.(A) 163/2017 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) (Pindaan) 2017; dan
  2. Surat Edaran JPA rujukan JPA.(S)(K)223/4/4 Jld.5(6) bertarikh 5 September 2017.

Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) dan Pergerakan Gaji Tahunan (PGT)

8. Bagaimanakah Tarikh Pergerakan Gaji tahunan seseorang pegawai tetap / sementara dalam perkhidmatan awam ditentukan?

Menurut perenggan 27(1) P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) seseorang pegawai lantikan tetap dan sementara hendaklah sebagaimana yang dinyatakan Jadual Kedua seperti di bawah:

Rujukan:

  1. Perenggan 27(1), P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012; dan
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

9. Adakah Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) akan berubah apabila seseorang pegawai dinaikkan pangkat?

Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah ditentukan mengikut tarikh kenaikan pangkatnya berkuat kuasa mengikut subperaturan 27(1)

Rujukan:


Perenggan 27 dan 45, P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

10. Apakah kaedah pemberian Pergerakan Gaji Tahunan dalam keadaan biasa?

Kaedah pemberian Pergerakan Gaji Tahunan sedia ada adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai ditambah dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mengikut gred, terhad kepada amaun gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM) 2016 (tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia).

Rujukan:

  1. Perenggan 27, P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012;
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 – Penambahbaikan Kaedah Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Dalam Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum – Maksimum; dan
  3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

11. Siapakah yang layak untuk menerima pemberian Pergerakan Gaji Tahunan berdasarkan kadar tetap 3%?

Pegawai yang layak untuk menerima pemberian pergerakan gaji tahunan berdasarkan kadar tetap 3% ini adalah sepertimana yang ditetapkan melalui perkara 5, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2022.

Rujukan:

  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 – Penambahbaikan Kaedah Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Dalam Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum – Maksimum; dan
  2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2022 – Pemanjangan Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Kepada Pegawai Yang Mencapai Gaji Maksimum Bagi Gred-Gred Gaji Baharu Yang Diwujudkan Mulai 1 Julai 2016.

12. Apakah syarat-syarat pemberian Pergerakan Gaji Tahunan berdasarkan kadar tetap 3%?

Syarat-syarat pemberian Pergerakan Gaji Tahunan adalah seperti yang dijelaskan melalui perkara 9, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015.

Rujukan:


Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 – Penambahbaikan Kaedah Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Dalam Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum – Maksimum.

13. Adakah pemberian Pergerakan Gaji Tahunan pada kadar tetap 3% daripada gaji maksimum ini akan digunakan pada tiap-tiap kali pemberian PGT bagi pegawai yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan?

Ya. Amaun pemberian PGT pada kadar tetap 3% daripada gaji maksimum ini tidak berubah dan diberi pada tiap-tiap kali pemberian PGT kepada pegawai yang berkelayakan.

Amaun kadar tetap 3% bagi gred-gred gaji terlibat adalah sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Lampiran A dan Lampiran B, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 dan Lampiran A dan Lampiran B, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2022 tanpa perlu membuat pengiraan semula pada setiap tahun.

Rujukan:

  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 – Penambahbaikan Kaedah Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Dalam Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum – Maksimum; dan
  2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2022 – Pemanjangan Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Kepada Pegawai Yang Mencapai Gaji Maksimum Bagi Gred-Gred Gaji Baharu Yang Diwujudkan Mulai 1 Julai 2016.
Baca :   Simpangan Terjauh Dalam Suatu Getaran Atau Gelombang

Pergerakan Gaji Tahunan Bagi Pegawai Yang Bersara Paksa atau Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan Sebelum Tarikh Pergerakan Gaji

14. Adakah pegawai yang bersara paksa pada 1 Januari 2022 layak untuk diberi Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2022?

Pegawai yang bersara paksa pada 1 Januari 2022 tidak layak diberikan PGT bagi tahun 2022 kerana tidak lagi berada dalam perkhidmatan pada tahun tersebut. Hari terakhir perkhidmatan pegawai adalah pada 31 Disember 2022.

Rujukan:


Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 – Penambahbaikan Kaedah Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Dalam Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum – Maksimum.

15. Adakah pegawai yang meninggal dunia pada 1 Januari 2022 layak diberi Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2022?

Ya. Pegawai yang meninggal dunia pada 1 Januari 2022 layak untuk dipertimbangkan pemberian Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2022 kerana pegawai masih berada dalam perkhidmatan pada tahun tersebut, tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2022.

Rujukan:


Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2022 – Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Diawalkan Kepada Pegawai Yang Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan Sebelum Tarikh Pergerakan Gaji.

16. Adakah pegawai yang meninggal dunia selepas menerima Pergerakan Gaji Tahunan tahunannya layak menerima satu lagi Pergerakan Gaji Tahunan pada tarikh kematiannya?

Tidak, kerana pegawai telah menerima Pergerakan Gaji Tahunan pada tahun tersebut.

Rujukan:


Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2022 – Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Diawalkan Kepada Pegawai Yang Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan Sebelum Tarikh Pergerakan Gaji.

Pergerakan Gaji Tahunan Ketika Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji atau Cuti Tanpa Gaji

17. Adakah pegawai yang diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji atau Cuti Tanpa Gaji layak diberikan Pergerakan Gaji Tahunan?


Cuti Bergaji Penuh


Layak dipertimbangkan Pergerakan Gaji Tahunan tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia.


Cuti Separuh Gaji


Tidak layak dipertimbangkan PGT jika tempoh Cuti Separuh Gaji melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar kecuali bagi pegawai yang diluluskan:

  1. Cuti Belajar Separuh Gaji;
  2. Cuti Separuh Gaji kerana menghidap penyakit tibi, kusta, barah dan penyakit seumpamanya yang diperakukan oleh Lembaga Perubatan; atau
  3. Kombinasi cuti di atas.

Walau bagaimanapun, pergerakan gaji yang diberi kepada pegawai di perenggan (i), (ii) dan (iii) adalah secara isyarat dan tidak lebih tiga (3) kali sepanjang perkhidmatan. Setelah pegawai mendapat PGT secara isyarat sebanyak tiga (3) kali tersebut, tiada lagi pergerakan gaji secara isyarat dipertimbangkan bagi tempoh Cuti Separuh Gaji yang diluluskan seterusnya.


Cuti Tanpa Gaji


Tidak layak dipertimbangkan PGT jika tempoh Cuti Tanpa Gaji melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar kecuali bagi pegawai yang diluluskan:

  1. Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);
  2. Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan Bertugas atau Berkursus di Dalam atau di Luar Negeri;
  3. Cuti Menjaga Anak; atau
  4. Kombinasi mana-mana cuti di (i), (ii) dan (iii) di atas.

Walau bagaimanapun, pergerakan gaji yang diberi kepada pegawai di perenggan (i), (ii), (iii) dan (iv) adalah secara isyarat dan tertakluk kepada had sebanyak tidak melebihi tiga (3) kali sepanjang perkhidmatan. Setelah pegawai mendapat PGT secara isyarat sebanyak tiga (3) kali tersebut, tiada lagi Pergerakan Gaji secara isyarat dipertimbangkan bagi tempoh Cuti Tanpa Gaji yang diluluskan seterusnya.

Rujukan:


Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2009 – Kesan Ke Atas Perkhidmatan Bagi Pegawai Yang Diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji.

Gaji Khas Untuk Penyandang (KUP)

18. Apakah keadaan-keadaan yang memerlukan gaji Khas Untuk Penyandang (KUP) dikeluarkan?

Gaji KUP dikeluarkan apabila:

  1. gaji maksimum dalam JGMM tidak dapat menampung pelarasan gaji seseorang pegawai berikutan urusan perkhidmatan seperti pertukaran pelantikan dan kenaikan pangkat; atau
  2. Pegawai kekal / masih berada di dalam skim perkhidmatan yang telah jumud.

Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan kepada Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk diwujudkan gaji secara Khas Untuk Penyandang.

Rujukan:

  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia;
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2016 – Panduan Pertukaran Pelantikan; dan
  3. Surat Edaran JPA rujukan JPA.(S)(K)223/4/4 Jld.5(6) bertarikh 5 September 2017.

Pembayaran Gaji Untuk Pegawai Yang Mempunyai Masalah Kehadiran

19. Bagaimanakah penetapan kaedah pembayaran gaji kepada pegawai yang mempunyai masalah berkaitan kehadiran?

Perenggan 14A (a), Perintah Am 1974, Bab C menyatakan jika seseorang pegawai tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab yang munasabah, maka pegawai itu tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja itu.

Rujukan:

Perenggan 14A (a), Perintah Am 1974, Bab C.

Seorang Pegawai Kecil Menerima Gaji Tahun Pertama Sebesar

Source: https://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=378&Itemid=623&lang=ms

Check Also

Contoh Soal Fungsi Produksi Dan Jawaban

Contoh Soal Fungsi Produksi Dan Jawaban Fungsi Produksi – Pada perjumpaan kali ini dimana akan …